40 Hadis Palsu Popular

Bahagian pertama buku ini menerangkan takrif hadis dan pengkelasan hadis, iaitu hadis sahih, hadis hasan, hadis dhaif dan hais maudu’ (palsu). Ini diikuti dengan penerangan mengenai ciri-ciri yang digunakan untuk mengkelaskan hadis-hadis ke dalam empat kelas tersebut. Penulis juga membincangkan bagaimana hadis palsu boleh dikenal pasti.

Bahagian kedua buku membincangkan 40 hadis palsu yang biasa disebarkan dalam masyarakat kita. Antara hadis palsu palsu yang biasa kita dengar adalah doa ketika membasuh anggota wuduk, talak menggegarkan Arasy, Abdul Rahman bin Auf masuk syurga merangkak dan kelebihan membaca Surah Yasin.

Bahagian akhir buku ini memberikan panduan untuk mengelakkan daripada terpengaruh dan terlibat dalam menyebarkan hadis-hadis palsu.

Saya rasa penting untuk kita tahu dan faham mengenai hadis-hadis palsu kerana…

Berdusta ke atasku bukan seperti berdusta ke atas orang lain. Siapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, tempatnya dalam neraka.” –Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim

Dapatkan Edisi 2016 di BookCafe.

Bahaya Menyebarkan Hadith Palsu

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply