Archive for the Category » Malaysia «

Seni Keris Melayu

Prof. Dr. Abdul Mua’ti berkongsi cerita mengenai seni keris Melayu. Menarik dan saya belajar beberapa perkara baru mengenai keris. Pastikan anda tonton ketiga-tiga video.

more »

500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka

Fahami sejarah supaya kita tidak mengulangi kesilapan silam. Bangsa Melayu telah berjaya membina tamadun dan peradaban yang hebat tetapi semua itu dihancurkan oleh penjajah, lalu mereka menjaja bahawa Melayu adalah bangsa yang mundur dan pemalas.

Melayu bukan bangsa yang pemalas, bukan bangsa yang mundur. Nenek moyang kita telah membina peradaban yang hebat dan disegani oleh bangsa Eropah sebelum Empayar Melaka dijatuhkan disebabkan pengkhianatan dari dalam. Ayuh, bangunkan semula peradaban dan tamadun Melayu yang hebat.

Berkaitan:
Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu & Asal-Usulnya
Sejarah Melayu Yang Hilang
The History of the Malay Archipelago

The History of the Malay Archipelago

Watch how the borders of the Malay Archipelago changes from the seventh century to the present day borders. Strange that Philippine is not included.

Kenapa Kecoh Adegan Gay Dalam “Beauty and the Beast”?

Berapa umur anda sekarang? Selama anda hidup, sudah berapa banyak adegan merompak, membunuh, menipu, merogol, merasuah dsb yang anda tonton di kaca tv dan di layar perak? Agaknya sudah beratus kali. Agaknya sudah ratusan jam.

Kalau anda tak rasa adegan-adegan ini boleh merosakkan fikiran penonton dan tidak mempengaruhi mereka untuk merompak, membunuh, menipu, merogol, merasuah dsb, mengapa kecoh sangat mengenai adegan gay yang hanya beberapa saat dalam filem “Beauty and the Beast”?

Golongan pondan dan gay ini bukan perkara baru. Dah lama ada. Dah berpuluh tahun.

Memang betul. Bukan baru. Bukan setakat berpuluh tahun, semasa zaman Nabi Lut dulu pun ada.

Takkanlah lemah sangat iman sampai bila tengok adegan gay yang hanya beberapa saat itu pun kau boleh goyah dan nak ikut jadi gay.

Kalau itu hujah anda untuk mempertahankan adegan gay dalam filem “Beauty and the Beast”, anda sebenarnya tidak faham apa isu pokok di sini.

Kalau anda peka dengan perkembangan kempen pro LGBTQ di barat, anda tentu nampak satu trend dalam kempen mereka. Kalau anda faham trend ini, anda akan faham apa tujuan adegan gay yang hanya beberapa saat dalam “Beauty and the Beast”.

more »

Category: Malaysia  Tags: ,  Leave a Comment

Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal-Usulnya

Kita sering dimomokkan Melayu adalah bangsa yang mundur dan pemalas. Apa yang disembunyikan adalah bangsa Melayu telah membina tamadun yang besar dan unggul di nusantara. Tamadun ini dimusnahkan oleh bangsa penjajah dan bangsa Melayu ditindas sehingga menyebabkan bangsa ini ketinggalan.

Telusuri sejarah asal-usul bangsa dan tamadun Melayu yang disembunyikan dalam seminar 1 jam 43 minit ini bersama Puan Zaharah Sulaiman dari Ikatan Arkeologi Malaysia.

Kajian DNA dan genetik membuktikan Melayu bukan pendatang. Tonton pembentangan oleh Profesor Dr. Zafarina Zainuddin.

more »