Di Kala Iraq diserang, Kita……

Di kala peluru berpandu jatuh ke kota Baghdad
Azan dilaungkan di setiap masjid

Di kala azan dilaungkan di tanah Melayu
Kita sibuk di pasar malam

Di kala remaja Iraq meratapi mayat ibu
Anak muda kita leka dengan lepak dan dadah

Di kala rumah diratakan dengan bom dan kereta kebal
Anak gadis kita lari dari rumah

Di kala lelaki Arab berebut untuk syahid
Kita berebut gilakan pangkat, harta dan wanita

Di kala gudang susu dan makanan dimusnahkan
Kita menjamu di KFC, McDonald dan Pizza Hut

Di kala telaga minyak dirampas
Kita menggunakan Conoco dan BP

Di kala mereka tidak mendapat air bersih
Kita minum Coca Cola, Fanta dan 7Up

Di kala mereka dipertontonkan Hornet dan Apache
Kita menonton Hollywood dan memandu Ford

Di kala pasar-pasar Iraq dihujani Tomahawk
Kita asyik dengan pasaraya Tesco dan Carrefour

Di kala si tua menghisap paip mengenangkan nasib
Kita tenang dengan Marlboro, More dan LM

Di kala wanita Iraq tiada masa untuk melihat cermin
Kita leka dengan Avon dan Revlon

Adakah ini simpati pada rakyat Iraq namanya?

Rozmal bin Malakan
April 1, 2003

Category: Poems  Tags: ,
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply