Kau Sembah Apa?

Buku ini memberikan penjelasan mengenai kepercayaan-kepercayaan utama di Malaysia, iaitu Islam, Buddha, Tao, Kristian, Hindu dan Sikh.

Penulis buku ini menemui ketua-ketua agama dan melawat rumah-rumah ibadat agama berkenaan semasa melakukan kajian sebagai persediaan untuk menulis buku ini. Tujuan buku ini adalah memberi kefahaman mengenai persamaan dan perbezaan kepercayaan agama-agama utama di Malaysia.

Perbincangan dalam buku ini dibentangkan dalam bahasa yang mudah difahami, membuatkannya dapat dibaca dengan pantas. Penulis tidak mempertikaikan atau merendahkan mana-mana agama. Penulis menekankan kepentingan berdialog untuk meningkatkan kefahaman antara kumpulan agama berbeza.

Saya rasa buku ini bagus untuk dibaca oleh semua dalam masyaratkat majmuk Malaysia. Dapatkan buku ini.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply