Mesin Waktu – Menyelami Lautan Makna Surah al-Waqi’ah

Kupasan surah al-Waqi’ah oleh Hudzaifah Ismail ini sangat menarik kerana perbincangannya merangkumi beberapa sudut yang tidak pernah saya baca atau dengar sebelum ini.

Penulis membincangkan secara terperinci tanda-tanda kiamat. Yang paling menarik adalah perbincangan mengenai kedatangan al-Mahdi, Dajjal dan Yakjuj Makjuj yang mengambil kira berbagai pendapat. Beliau juga mengupas asal perkataan Yakjuj Makjuj yang memberi petunjuk dari mana mereka akan muncul.

Penulis membandingkan apa yang dikatakan oleh al-Quran dengan fakta-fakta saintifik mengenai penciptaan manusia, bumi dan alam. Beliau menerangkan bagaimana al-Quran menyanggah pendapat golongan ateis yang menafikan kewujudan Tuhan, kiamat dan kehidupan sesudah mati. Beliau juga menerangkan bagaimana Allah boleh menghidupkan semula makhluk setelah kematiannya.

Buku ini memaparkan grafik-grafik yang cantik dan menarik untuk memudahkan pembaca memahami apa yang diterangkan. Saya rasa buku ini juga sesuai untuk golongan remaja. Kesimpulan: ini adalah buku yang mesti dibaca.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply