Salina

Ini kisah 1950an — kisah perjuangan hidup pada zaman selepas perang di Kampung Kambing, Singapura. Salina adalah anak saudagar kaya. Dia kehilangan semua ahli keluarganya ketika tentera Jepun menggila mengebom Kota Singa. Berbagai keperitan ditelannya untuk meneruskan hidup biar pun di jalan yang tersasar.

Hilmy kehilangan ayahnya juga kerana bom tentera Jepun. Dia dan ibuya berpindah ke rumah buruk di Kampung Kambing kerana itu saja yang mereka mampu. Hilmy masih belajar di sekolah Inggeris — harapan ibunya adalah dia akan dapat mengubah nasib mereka.

Nahidah yang manis tinggal di kampung itu bersama ibu tiri dan dua orang abang. Ibu tiri yang tamak mempergunakan Nahidah untuk kepentingannya lalu menghancurkan impiannya untuk hidup bersama Hilmy.

Abdul Fakar adalah lelaki tidak sedar diuntung yang sanggup menyakiti seorang perempuan yang sangat menyayanginya.

Salina akhirnya tiba di persimpangan di mana dia perlu membuat keputusan sama ada meneruskan hidup di jalan yang menyakitkan atau memilih jalan lain.

Zaman selepas perang adalah dunia yang berbeza. Pun begitu, apa yang manusia sanggup lakukan demi kelangsungan hidup tidak banyak bezanya.

“Salina” tersenarai dalam “100 Novel Melayu Yang Wajib Dibaca” — dapatkannya di sini.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply