Tag-Archive for » 100 novel melayu wajib dibaca «

Leksikon Ledang

Setelah kehilangan isteri dan anak perempuannya, Datuk Isman Hijjaz sanggup melakukan apa saja untuk menyelamatkan nyawa anak lelakinya yang sedang sakit tenat. Hartawan itu menubuhkan sebuah makmal khas untuk menjalankan penyelidikan, mencari penawar untuk anaknya. Dr. Ching Huat adalah saintis terkemuka negara yang dipikat Datuk Isman untuk menerajui kumpulan penyelidik di makmal tersebut.

Datuk Isman telah lama mengkaji manuskrip purba dan yakin bahawa ada kod rahsia tersembunyi dalam kisah peminangan Puteri Gunung Ledang oleh Sultan Melaka. Memecahkan kod rahsia ini akan membawa mereka kepada penawar segara penyakit.

Seorang pembalak haram telah menemukan sebiji geliga yang dijualnya pada harga yang tinggi pada Datuk Isman. Dr. Ching Huat percaya maklumat dalam geliga itu beserta kod rahsia Puteri Gunung Ledang bakal menrungkai misteri untuk mendapatkan penawar untuk penyakit anak Datuk Isman. Sejurus kemudian, penduduk di kampung berhampiran kawasan pembalakan tersebut diserang penyakit misteri yang meragut ramai nyawa.

Kementerian Kesihatan mengerahkan sekumpulan pegawai kesihatan ke kampung tersebut untuk menyiasat punca penyakit misteri tersebut dan membendungnya daripada merebak. Dayang dan Zack adalah antara saintis muda bijak yang diarahkan ke kampung tersebut.

more »

Langit Petang

Arif adalah seorang pejuang kemerdekaan yang dilupakan. Dia tidak pernah mengungkit sumbangannya untuk tanah air tercinta. Seorang pejuang hebat menghabiskan sisa hidupnya di kampung setinggan.

Hafiz adalah seorang penulis dan wartawan sambilan yang meninggalkan kerjayanya untuk mengembara. Mahu mengembara, membaca dan merasa, katanya. Tak seorang pun tahu pemergiannya adalah disebabkan satu rahsia. Arif yang sudah dianggapnya sebagai bapa juga tidak tahu kenapa dia pergi.

Zakiah adalah seorang wanita yang hidup dalam bayangan dendamnya terhadap mereka yang pernah mempergunakannya. Kini dia mahu mempergunakan dan memangsakan mereka. Dia mahu menjadikan mereka barang permainannya dan bukan sebaliknya. Hafiz adalah satu-satunya lelaki yang Zakiah percayai.

Langit Petang” berbicara tentang falsafah kehidupan. Ia tersenarai dalam “100 Novel Melayu Yang Wajib Dibaca“. Dapatkannya di sini.