Tag-Archive for » keganasan rumah tangga «

Tak Mungkin Sezalim Firaun

Bila bercakap tentang keganasan rumah tangga dan penderaan isteri, pernah tak anda dengar nasihat begini: Isteri hendaklah sabar dan redho sebab tak mungkinlah si suami itu lebih zalim daripada Firaun.

Saya ada empat soalan untuk mereka yang memberi nasihat tersebut. Soalan pertama: Pernahkah anda melalui pengalaman dipukul dan disepak terajang sehingga lebam berdarah setiap hari?

Set soalan kedua: Kenapa Firaun yang dijadikan benchmark? Tak tergapai dek akal saya kenapa Firaun yang dijadikan contoh dan bukan akhlak Rasulullah s.a.w. yang dijadikan panduan. Apakah pesanan Rasulullah s.a.w. mengenai layanan terhadap wanita? Adakah baginda berpesan, berlaku zalimlah terhadap isterimu kerana kamu tidak mungkin dapat menandingi kezaliman Firaun? Atau adakah baginda berpesan, yang terbaik di kalangan kamu adalah yang terbaik terhadap isterimu?

Saya selalu dengar isteri disuruh redho dan bersabar tetapi saya tidak pernah dengar suami dinasihati supaya ingat amanah dan tanggung jawab yang dipikul, atau diberi amaran tentang besarnya dosa menganiaya isteri.

Kalau pun seorang isteri yang redho dengan kezaliman suaminya mudah masuk syurga, seorang suami yang mengkhianati amanah dan tanggung jawab yang Allah pikulkan ke atas bahunya apabila dia menzalimi isteri, layakkah mencium bau syurga? Adakah anda mengira bahawa Allah tidak memerhati dan malaikat tidak mencatat setiap layanan buruk suami terhadap isteri?

more »