Tag-Archive for » sekolah tahfiz «

Berapa Ramai Lagi Nyawa Harus Terkorban?

Agaknya telah berapa banyak kes kebakaran di sekolah-seolah agama/tahfiz? Berikut adalah senarai kebakaran yang saya jumpa. Ada sekolah yang kes kebakaran berlaku lebih daripada sekali. Yang bertanda merah adalah kes yang melibatkan kehilangan nyawa.

  1. Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah, Guar Chempedak, 1989. Kebakaran asrama perempuan madrasah mengakibatkan 27 orang pelajar maut. Punca kebakaran adalah api dari lilin yang dipasang untuk menerangi bilik asrama.

    Sumber: Astro Awani

  2. Sekolah Menengah Agama Darul Makmur, Pekan, 2007. Kebakaran itu mengakibatkan empat buat kelas, sebuah bilik komputer, bilik guru dan bilik pengetua termasuk wang tunai RM8,500 hangus.

    Sumber: Bernama

  3. Sekolah Pondok Bandar Hilir, Sik, 2007. Kebakaran memusnahkan 40 pondok. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan kerana kejadian berlaku pada musim cuti persekolahan.

    Sumber: Bernama

  4. Sekolah Nurul Hidayah Al-Quran Maahad Tahfiz, Pasir Putih, 2007. Sebuah blok asrama hangus. Tiada kemalangan jiwa kerana pelajar-pelajar sedang menghadiri kelas.

    Sumber: Bernama

  5. Sekolah Madrasah Darul Hikmah, Kota Kinabalu, 2009. Kebakaran berlaku di sebuah bangunan dua tingkat menyebabkan kerugian kira-kira RM200,000. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

    Sumber: Bernama

  6. more »