Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Ini adalah buku karya Hamka yang kedua saya baca. Menarik membaca buku-buku klasik kerana gaya bahasanya yang halus. Banyak perkataan-perkataan Melayu lama yang sudah tidak digunakan lagi dijumpai dalam buku ini.

Zainuddin adalah anak orang terbuang. Ayahnya adalah orang Minangkabau yang dibuang ke Mengkasar. Zainuddin lahir hasil perkongsian hidup ayahnya dengan gadis Mengkasar. Ibu bapanya meninggal ketika dia masih kecil. Sebelum meninggal, ibunya berpesan supaya suatu hari nanti Zainuddin harus kembali ke tanah kelahiran ayahnya.

Di Mengkasar, Zainuddin dipandang sebagai orang luar kerana ayahnya orang luar. Dia akhirnya kembali ke tanah kelahiran ayahnya kerana memenuhi kehendak arwah orang tuanya. Malangnya, di sana juga dia dipandang orang luar kerana ayahnya orang terbuang dan ibunya bukan orang Minangkabau. Kehadiran Zainuddin disambut dingin oleh keluarga ayahnya.

Zainuddin jatuh hati dengan Hayati tetapi kisah cinta mereka terhalang dek adat dan darjat. Zainuddin membawa diri ke Pulau Jawa dan menjadi penulis terkemuka yang dihormati. Takdir mempertemukan semula Zainuddin dan Hayati, tetapi kisah cinta ini berakhir dengan trajis.

Anda boleh mendapatkan buku ini di BookCafe.

Category: Book Reviews  Tags:
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply