Yahudi, Kristian, Hindu, dan Buddha Berasal Daripada Islam?

Quran menceritakan bahawa Tuhan mengutuskan seorang nabi kepada setiap kaum yang mengajarkan mereka agama tauhid. Setiap nabi mengajak kaumnya supaya menyembah Tuhan Yang Esa (satu). Setelah nabi wafat, manusia mula menokok-tambah ajaran nabi mereka dan menyeleweng daripada agama tauhid dan penyembahan hanya satu Tuhan.

Ada yang mula membina dan menyembah patung-patung sebagai perantara. Ada yang mengada-adakan sifat Tuhan yan tidak pernah diajar oleh nabi mereka. Setiap kali sesuatu kaum menyeleweng, Tuhan mengutuskan lagi nabi untuk membawa mereka kembali kepada agama tauhid.

Penulis buku ini mengkaji kitab-kitab suci agama-agama lain untuk melihat sama ada terdapat persamaan antara apa yang tertulis dalam kitab mereka dan apa yg tertulis dalam al-Quran. Adakah kitab-kitab suci agama lain juga membicarakan tentang mentauhidkan dan menyembah Tuhan yang satu? Adakah kitab-kitab tersebut menceritakan sifat-sifat Tuhan?

Apa yang menjadikan buku ini lebih menarik ialah ia turut membincangkan sejarah setiap agama dan bagaimana agama tersebut berkembang. Dapatkan buku ini di sini.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply